The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan Piala FA QF1 | Negeri Sembilan FC vs Selangor FC | Sedia Untuk Cabaran The Jangs

Oct 18, 2025 - FAS

Selangor FC akan memulakan perlawanan Suku Akhir Piala FA pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi menentang Negeri Sembilan FC jam 8:30 malam.

Imbas kembali keputusan Round 16, skuad Gergasi Merah mara ke pusingan Suku Akhir dengan kemenangan 12-1 secara agregat; pusingan pertama 3-1 dan pusingan kedua 9-0. Baca reviu perlawanan Round 16 kedua di sini.

Hadir dengan semangat baharu, Ketua Jurulatih Interim Selangor FC, Christophe Gamel, mahu pasukan untuk terus progress dengan momentum yang baik.

“Para pemain telah melaksanakan perancangan pasukan dengan baik setakat ini. Dari semasa ke semasa, progres pasukan berkenaan pemahaman mereka terhadap apa yang ingin dimainkan nampak lebih jelas. Oleh itu, kita perlu terus bina momentum ini dengan harapan dapat mencapai keputusan yang lebih baik,” kata Gamel

Bagi keberadaan pemain untuk perlawanan Suku Akhir Piala FA pertama #NSESFC, Mukhairi Ajmal dan Picha Autra masih dalam fasa pemulihan. Manakala, pemain Gergasi Merah yang lain bersedia untuk diturunkan menentang Negeri Sembilan pada malam ini.

Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan berikan saingan yang tinggi dan pamerkan aksi yang terbaik bagi perlawanan #NSESFC. Ayuh, Gergasi Merahku!

Demi Kebanggaan!